SOALAN-SOALAN KEBIASAAN
Soalan 1 |
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami/janda),seorang bujang yang telah berusia melebihi 50 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu. Soalan 2 |
Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Perkahwinan,Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam(Jurunikah) yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan (temuduga) untuk bernikah? |
Pemohon hendaklah merujuk ke Pejabat Agama Daerah di mana dia bermastautin. |
Soalan 3 |
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan. |
Soalan 4 |
Pemohon boleh mengambil borang permohonan berkahwin di Pejabat Agama Daerah di mana dia bermastautin atau di mana-mana Pejabat Agama Daerah dalam negeri Pulau Pinang tetapi borang itu hanya boleh dikemukakan ke Pejabat Agama Daerah di mana dia bermastautin |
Soalan 5 |
Permohonan tersebut boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tarikh akad nikah dan selewatnya sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan untuk memudahkan proses pengeluaran Kebenaran Berkahwin |
Soalan 6 |
Setiap pasangan yang akan melaksanakan majlis akad nikah dalam Negeri Pulau Pinang adalah DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan KERAJAAN yang terpilih sahaja. |
Soalan 7 |
Ya,Pemohon yang telah bercerai dan ingin berkahwin,hendaklah mengemukakan Surat Perakuan Percerai |
Soalan 8 |
Abang kandung tidak boleh menjadi wali.Dalam kes seperti ini,akad nikah hendaklah dilakukan dengan wali Raja. |
Soalan 9 |
Talak yang dilafaz suami kepada isteri yang haid adalah sah/jatuh.Talak ketika haid dinamakan talak bidie’,hukumnya haram kerana memanjangkan iddah isteri. Soalan 10 |
Jika nak rujuk kembali dalam masa iddah,bagaimana caranya,samada perlu pergi ke Pejabat Agama Daerah atau cukup setakat 2 orang saksi sahaja? |
Pasangan yang ingin rujuk,hendaklah hadir ke Pejabat Agama Daerah supaya rujuk tersebut boleh didaftarkan.Pasangan akan diberikan Surat Perakuan Ruju’ setelah membayar fee tertentu. |
Soalan 11 |
Akad nikah yang berlaku hendaklah sempurna rukun dan syaratnya.Salah satu rukun nikah ialah wali.Sekiranya bapa masih ada dan layak menjadi wali,maka bapalah yang menjadi wali.Akad nikah yang berlaku tanpa mendapat kebenaran Pendaftar adalah suatu kesalahan. |