ayobPUAN ROHAIZAM BIN ABDUL RAHMAN

KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN UNDNAG-UNDANG KELUARGA ISLAM

 

LATAR BELAKANG BAHAGIAN

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam bertanggungjawab dalam menyelaras berkaitan pentadbiran dan pengurusan nikah, cerai dan ruju’ (NCR) termasuk memberikan khidmat nasihat rumah tangga / kekeluargaan dengan objektif memperkasakan hal ehwal kekeluargaan Islam di Negeri Pulau Pinang.

FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi bahagian ini adalah merujuk kepada peranan tiga unit berikut:

FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi bahagian ini adalah merujuk kepada peranan tiga unit berikut:

1.Unit Pendaftaran dan Rekod Nikah, Cerai & Ruju’

  • Menyelaras pengurusan dan pentadbiran NCR dengan semua Pejabat Agama Daerah (PAD);
  • Mengeluarkan cabutan surat perakuan NCR dan kad nikah;
  • Mengurus berkaitan pelantikan, penyambungan dan penamatan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPPPROI) serta bayaran saguhati tahunan.

2. Unit Khidmat Nasihat

  • Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat rumah tangga / kekeluargaan kepada masyarakat;
  • Menyelaras urusan berkaitan khidmat nasihat di semua PAD termasuk latihan kompetensi.

3. Unit Pembangunan Keluarga

  • Menyelaras program Kursus Pra dan Pasca Perkahwinan Negeri Pulau Pinang;
  • Merancang program berbentuk kekeluargaan, kebajikan hal ehwal wanita dan komuniti kepada masyarakat.
  • Menyelaras pengurusan dan pentadbiran NCR dengan semua Pejabat Agama Daerah (PAD);
  • Mengeluarkan cabutan surat perakuan NCR dan kad nikah;
  • Mengurus berkaitan pelantikan, penyambungan dan penamatan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPPPROI) serta bayaran saguhati tahunan.

location Lokasi: Bangunan JHEAIPP, Lebuh Pantai Pulau Pinang