NORZLI BIN MAT
KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN MASJID DAN SURAU
LATAR BELAKANG BAHAGIAN
Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau ditubuhkan pada tahun 2008 selepas diasingkan fungsinya daripada Unit kariah, Bahagian Dakwah. Terdiri daripada 3 unit utama iaitu Unit Masjid Daerah, Unit Kariah dan Unit Takmir. Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau kini ketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Tuan Khairul Azman bin Azizan (2020 – sekarang)
FUNGSI BAHAGIAN
Mengurus pelantikan dan penamatan Jawatankuasa Kariah Negeri Pulau Pinang
Menguruskan pelantikan dan penamatan Pegawai Masjid dan Siak Negeri Pulau Pinang
Menyelia dan mengawal operasi dan program pengimarahan masjid dan surau
Menguruskan program dan latihan kepada Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid serta Siak
Menguruskan kelas pengajian Takmir di masjid dan surau
Menyelia hal ehwal pentadbiran dan pengimarahan Masjid Daerah.
PROGRAM/AKTIVITI
Program lawatan Solat Jumaat dan Majlis berbuka puasa TYT Yang Di-pertua Negeri Pulau Pinang.
Program Jelajah Khaira Ummah (JKU) Tahun 2021
Program Inspirasi Fajar Rakyat (Al-Fajr)
Program Sumbangan Ihya’Ramadhan
Program Ijtimak dan Iftar Jamaie Guru Takmir Masjid dan Surau Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2021
Program Taaruf dan Mahabbah Guru Takmir Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2021
Program E Book Guru Takmir JAKIM Peringkat Zon Utara Tahun 2021
Pertandingan Gema Muazzin Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1443H
/ 2021M
Temuduga Pegawai Masjid Kariah (Imam & Bilal)