ENCIK ANUAR BIN ISMAIL
KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
LATAR BELAKANG
Tahun 1959
Penguatkuasaan Hal Ehwal Islam di Negeri Pulau Pinang secara amnya telah diwujudkan sebaik sahaja adanya peruntukan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam tahun 1959. Ianya diperuntukkan dalam Bahagian III - Mahkamah Syariah & Bahagian IX - Kesalahan kesalahan.
Tahun 1993
Pembaharuan Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang 1993.
Diperuntukan dalam Bahagian V. Mengenai : Pendakwaan, Penguatkuasaan dan Perwakilan. Mulai tahun 1993. Pelaksana Undang-Undang Syara’ telah diwujudkan bahagian khas, iaitu : Bahagian V di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang. Seksyen 61,62 dan 63.
Tahun 2004
Peruntukan Undang-Undang Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang telah diperbaharui kali ke 2 : Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan diperuntukkan dalam bahagian V: Pendakwaan dan Perwakilan dalam Seksyen 78,79 dan 80.
Tahun 2008
Pemisahan antara Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan.
Pelaksanaan Pensijilan
2012 MS ISO 9001: 2008 / MS 1900 : 2005
2016 MS ISO 9001: 2015 / MS 1900 : 2014
FUNGSI UTAMA BAHAGIAN
- Menguatkuasakan Undang-undang Syariah Negeri Pulau Pinang.
FUNGSI UNIT
UNIT PENTADBIRAN
- Menguruskan hal ehwal sumber manusia kakitangan Bahagian Penguatkuasaan.
- Menguruskan kelengkapan logistik dan keperluan lain untuk kegunaan Bahagian Penguatkuasaan. (Kenderaan, walkie-talkie, hotline, lampu suluh, alat perakam, alcohol meter, vest dan lain-lain)
- Merancang bengkel, kursus dan seminar untuk Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA).
UNIT OPERASI
- Mengambil tindakan berdasarkan aduan awam (24 jam).
- Menjalankan operasi aduan, berjadual dan bersepadu.
- Membuat laporan polis berkenaan kes boleh tangkap.
- Mengeluarkan notis hadir bagi kes tak boleh tangkap.
- Menyerahkan OKT dan barang kes kepada Unit Siasatan.
- Menyempurnakan penyampaian saman dan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
- Bertugas mengiringi OKT di Mahkamah Syariah. (Isnin – Khamis)
- Menghantar OKT ke penjara.
UNIT SIASATAN
- Menerima dan menjaga OKT yang diserahkan oleh Unit Operasi.
- Mengambil rakaman percakapan OKT.
- Menguruskan jaminan OKT.
- Menjalankan siasatan dan melengkapkan fail siasatan (IP) kes MAL dan kes jenayah syariah.
- Merekod dan menyimpan barang kes.
- Merekod pergerakan fail siasatan.
- Bertugas mengiringi OKT di Mahkamah Syariah. (Isnin – Khamis)
- Menghantar OKT ke penjara.
- Berurusan dengan pihak JPN, Imigresen dan PDRM untuk membantu siasatan.
UNIT AKIDAH
- Menerima aduan awam berkaitan dengan kesalahan akidah.
- Menerima aduan awam berkaitan bahan percetakan atau media yang bersalahan dengan akidah.
- Menjalankan risikan, pemantauan dan tangkapan berkaitan isu penyelewengan akidah.
- Menjalankan penyelidikan dan menyediakan laporan isu-isu dan bahan-bahan yang berkaitan dengan penyelewengan akidah.
- Menjalinkan kerjasama dan menjalankan operasi dengan PDRM, KDN dan agensi lain berkaitan dengan isu penyelewengan akidah.
- Urusetia Saringan I-Syifa' Lajnah Pengawal Seliaan Pengamal Pengubatan Islam (LAJPPI) Negeri Pulau Pinang.
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
- HUKUM SYARA’
- PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
- ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
- ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
- ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
- ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
- ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004