"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
"PENANG INTERNATIONAL HALAL EXPO & CONFERENCE 2010"
Buat julung-julung kalinya ekspo halal dianjurkan di Pulau Pinang pada 29-31 Januari 2010 bertempat di PISA Pulau Pinang. Ekspo ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Idea penganjuran ekspo ini diilhamkan sendiri oleh YAB Ketua Menteri selepas kunjungan beliau ke pameran MIHAS Jun 2008.
" Wacana Ilmu & Percambahan Minda yang dianjurkan oleh Bah. Dakwah, JHEAIPP mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ceramah "Akauntabiliti dan Kaitannya dengan hari Pembalasan disampaikan oleh Dr. Daniel Zainal Abidin selaku penceramah motivasi dan penulis buku diadakan pada 26 Januari 2010 bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang.
PENGUMUMAN
BERITA JHEAIPP
******************
Program Khatam Pengajian Kitab Syamail Sempena Sambutan Maulud Nabi SAW Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1431H/2010M
27 dan 28 Februari 2010 (Sabtu dan Ahad)
8.30 pagi hingga 5.00 petang
Dewan Solat Masjid Negeri Pulau Pinang
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri 04-8282212.