Pada 24-27 Februari 2025 telah berlansungnya Bengkel Tahsin Qiraatul Quran anjuran Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang di Vouk Hotel & Suites, Georgetown, Pulau Pinang.
Bengkel ini merupakan program pengukuhan kepada para peserta Tilawah & Hafazan Al-Quran yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 24 April - 2 Mei 2025.
Pembimbing bagi Bengkel Tahsin Qiraatul Quran pada kali ini adalah Al-Fadhil Ustaz Che Yahaya bin Daud (Yayasan Islam Kelantan) dan Al-Fadhil Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim (Universiti Islam Selangor). Pengisian bengkel memberi tumpuan kepada pengukuhan tajwid dan taranum para peserta. Secara keseluruhan para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu yang menyeluruh bagi sesi latihan yang diadakan selama 28 jam secara intensif.
Majlis Penutup Bengkel Tahsin Qiraatul Quran Negeri Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Al-Fadhil Ustaz Mohd Hanif bin Omar @ Wahab.