Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

Pendakwaan

  1. Meneliti dan membuktikan kertas siasatan sebelum membawa ke Mahkamah Syariah.
  2. Menyediakan dan menyemak kertas -kertas pertuduhan.
  3. Menjalankan tugas pendakwaan di Mahkamah Rendah, Tinggi dan Rayuan Syariah.
  4. Memasti k an peruntukan undang - undang berkaitan prosedur, siasatan, ket erangan dan pendakwaan dipatuhi sebagaimana diperuntukan.
  5. Memastikan statistik jenayah dikemaskini bagi tujuan rekod dan rayuan.
  6. Bertindak sebagai urusetia bagi hal ehwal yang berkaitan dengan Enakmen Undang - Undang yang berkaitan Syariah.
  7. Menyedia dan menyemak draf undang - undang atau draf pindaan undang -undang.
  8. Meneliti dan menyemak kes -kes rayuan yang memerlukan penjelasan terhadap undang -undang.
  9. Mewujudkan hubungan dan jalinan kerjasama dalam hal ehwal berkaitan Enakmen/ Undang - Undang Syariah dengan Pejabat Penasihat Undang -Undang Negeri.

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

 

 ust maizura halal

PUAN MAIZURA BINTI SHAMSUDDIN

KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

halal

LATAR BELAKANG BAHAGIAN

Bahagian Pengurusan Halal merupakan salah satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Bahagian Pengurusan Halal bertanggungjawab menguruskan hal ehwal halal di peringkat negeri Pulau Pinang antaranya menguruskan permohonan Pensijilan Halal Malaysia, memantau premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, membantu KPDNHEP dalam menguatkuasakan Akta Perihal Dagangan 2011, mempromosikan pensijilan Halal Malaysia serta menjadi wadah penyampai berkaitan kepentingan halal kepada masyarakat umum.

Bahagian Pengurusan Halal terdiri daripada 3 unit berfungsi iaitu:

  • Unit Pentadbiran & Pensijilan
  • Unit Audit Pematuhan
  • Unit Pemantauan & Penguatkuasaan

Bahagian Pengurusan Halal terletak di: Tingkat 44, KOMTAR 10000 Pulau Pinang.

AKTIVITI

1.Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pensijilan Halal Malaysia Negeri Pulau Pinang.

2.Mengurusetiakan Mesyuarat Kluster Pengupayaan Sains dan Teknologi (Majlis Syura).

3.Menganjurkan program pemantapan Pensijilan Halal Malaysia kepada pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Negeri Pulau Pinang.

4.Menganjurkan program kesedaran halal kepada syarikat, pemain industri dan orang awam.

5.Menganjurkan Kursus Tauliah Penyembelih.

6.Menganjurkan taklimat sembelihan korban dan memantau pelaksanaan aktiviti ibadah korban.

7.Menyertai pameran tahunan berkaitan halal seperti PIHEC (Penang International Halal Expo & Conference), MIHAS (Malaysia International Halal Showcase), HALFEST (Halal Fiesta Malaysia) dan lain-lain.

8.Memberikan latihan secara dalaman (in-house training) berkenaan pematuhan halal kepada syarikat-syarikat.

location Lokasi : Tingkat 44 KOMTAR

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

 

nadeeya

PUAN NADEEYA BINTI IQBAL

KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

Fungsi bahagian ini adalah merujuk kepada peranan tiga unit berikut:

1.Unit Pentadbiran

  • Melaksanakan perkara-perkara berkaitan pengurusan pentadbiran 
  • Pengurusan Kenderaan jabatan
  • Pengurusan fail dan penyimpanan dokumen
  • Pengurusan Kad perakam waktu , pemantauan dan pelaporan
  • Pengurusan Aset ,stok, perkhidmatan kawalan keselamatan dan pencucian bangunan
  • Urusetia kepada jawatankuasa peringkat jabatan

2. Unit Pembangunan 

  • Melaksanakan dan memantau program senggaraan bagi JHEAIPP (Masjid, Surau, SAR)
  • Menyelaras dan melaksanakan projek -projek pembangunan kecil (keagamaan)

3. Unit Kewangan

  • Menguruskan belanjawan dan kewangan
  • Meproses bayaran Tuntuttan perjalanan Dalam dan Luar Negeri
  • Mengurus pembayaran gaji

4. Unit Sumber Manusia

  • Menguruskan hal -hal sumber manusia kakitangan dan pegawai
  • Menyelaraskan program - program / kursus anjuran jabatan

5. Unit Teknologi maklumat

  • Menguruskan hal -hal berkaitan ICT
  • Pengukuhan infrastuktur dan keselamatan ICT
  • Menguruskan sistem aplikasi di jabatan

location Lokasi : Bangunan JHEAIPP, Lebuh Pantai, Pulau Pinang

 

BAHAGIAN PENDIDIKAN

 

kpp pendidikan

MOHD ARIF BIN ABDUL SAMAT

KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN

 FUNGSI BAHAGIAN

Mengurus, mentadbir dan melaksanakan dasar dan sistem pendidikan sekolah-sekolah Islam

UNIT NAZIRAN

  1. Memantau dan menyelia perjalanan dan pentadbiran Sekolah-sekolah Agama
  2. Melaksanakan kursus dan latihan Sekolah-sekolah Islam
  3. Menyediakan laporan dan siasatan kepada Pendaftar
  4. Mengurus visa pelajar dan pengajar
  5. Mendaftar Sekolah-sekolah Islam (SAR) mngikut enakmen Sekolah-sekolah Islam Tahun 1989

UNIT AKADEMIK KO-KURIKULUM & PERHUBUNGAN ANTARABANGSA

  1. Menyelaras Kurikulum Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tadika Islam (TADIS)
  2. Mengurus dan melaksanakan Peperiksaan Agama di Sekolah-sekolah Agama
  3. Menyelaras dan melaksanakan program Ko-kurikulum di Sekolah-sekolah Agama
  4. Mengurus buku teks dan buku sumber Sekolah Agama Rakyat (SAR)
  5. Mengurus kemasukan pelajar Sekolah Agama Rakyat ke Timur Tengah

UNIT PENTADBIRAN

  1. Mengurus caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi elaun KAFA dan TADIS
  2. Mendaftar Sekolah-sekolah Islam (KAFA) mngikut enakmen Sekolah-sekolah Islam Tahun 1989
  3. Mengurus pelantikan dan penempatan guru
  4. Mengurus pembangunan dan peralatan sekolah
  5. Mengurus Bantuan Kewangan Institut Pengajian Tinggi dan Sekolah Agama Rakyat SAR
  6. Mengurus bayaran dan tuntutan elaun guru
  7. Memastikan pengemaskinian data sekolah, guru dan murid
  8. Menguruskan Hal Ehwal Pentadbiran Am
  9. Menyediakan belanjawan mengurus Bahagian Pendidikan

Senarai Pusat Tahfiz Negeri Pulau Pinang

locationLokasi : Bangunan JHEAIPP, Lebuh Pantai, Pulau Pinang

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-2502810
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang

text-center

Image
  • Latest Updated: 24 April 2024 

Total Visitor: 1917347

Best viewed using a minimum screen resolution of 1336x768 on the latest version of the Mozilla Firefox web browser

All Rights Reserved To Pulau Pinang Islamic Religious Affairs Department © 2024