bg1

Program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan-bulan Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali Ke-9, Tahun 2018M 1439H

Majlis Sambutan Bulan-bulan Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali Ke-9 tahun 2018M/1439H telah diadakan pada 18 hb Mac 2018 di Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato Seri Utama Dr Abdul Rahman bin Haji Abbas. Pihak Ahli Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan-bulan Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali ke-9 yang dipengerusikan oleh YB Dato Abdul Malik bin Abul Kassim telah menjemput Al-Fadhil Dato Dr Mohd Izhar Ariff bin Khasimin sebagai penceramah utama pada malam tersebut. Selain daripada itu antara pengisian majlis adalah dengan menjemput Johan Musabaqah Tijaan AnNuur yang dilangsungkan di Doha Qatar iaitu Muhammad Afnan Affendi bin Muhammad Redwan untuk memperdengarkan bacaannya. Para tetamu jemputan juga turut diserikan dengan alunan qasidah dari para pelajar Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang ( KITAB ). Terdapat sepuluh program utama di dalam Sambutan Bulan-bulan Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali ke-9 pada kali ini iaitu Program Jelajah Ibrah Al-Quran , Program Celik Quran, Hafazan dan Talaqi al-Quran, Tahsin dan Tafsir, Bacaan Kitab, Khutbah Medium wahyu Ilahi serta Street Dakwah. Program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menyemarakkan semangat cintakan al-Quran di kalangan penduduk Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian program ini disambut selama tiga bulan berturut-turut iaitu bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

 

Disediakan oleh :

Ust Fathiah bt Abdul Rahman

PPK Bhg Dakwah JHEAIPP

Cetak E-mel