Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

OPS KHAS PEMATUHAN SOP

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang melalui Bahagian Penguatkuasaan telah turut serta dalam Ops Khas Pematuhan SOP Pasaraya/Homestay/Hotel/Kondominium/Apartment anjuran Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (IPD PDRM) Daerah Seberang Perai Utara bersama dengan beberapa agensi iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diadakan bermula 18 Jun 2021 hingga 20 Jun 2021.
Antara objektif Ops Khas adalah memastikan pematuhan SOP di pelbagai sektor bagi mengawal penularan pandemik Covid-19. Ops Khas ini tertumpu di daerah Seberang Perai Utara melibatkan beberapa kawasan utama iaitu Butterworth, Tasek Gelugor, Mak Mandin dan juga Teluk Air Tawar.
Melalui Ops Khas yang dijalankan, terdapat pelbagai kesalahan yang telah dilakukan seperti tidak mematuhi SOP yang ditetapkan, tiada kebenaran merentas daerah/negeri serta lain-lain kesalahan di bawah peruntukan undang-undang agensi yang berkenaan.
Sejumlah tiga (3) kesalahan telah diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasaan, JHEAIPP di bawah peruntukan Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang Tahun 1996.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 24 April 2024 

Jumlah pengunjung: 1919770

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2024