BENGKEL PEMERKASAAN PERKHIDMATAN KAUNSELING/KHIDMAT NASIHAT (BAITI JANNATI CARE

09 SEPTEMBER 2025 – Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah melaksanakan Bengkel Pemerkasaan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat (Baiti Jannati Care). Bengkel ini menghimpunkan semua kaunselor di bawah perkhidmatan Baiti Jannati Care yang diselia oleh JHEAIPP. Turut hadir bersama adalah Pegawai Khidmat Nasihat daripada ibu pejabat dan Pejabat Agama Daerah (PAD), wakil Bahagian di JHEAIPP serta wakil kaunselor daripada Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dengan jumlah keseluruhan seramai 40 orang peserta.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memastikan latihan secara berterusan diberikan kepada semua kaunselor yang terlibat dalam perkhidmatan Baiti Jannati Care khususnya dan amnya kepada pihak yang terlibat dalam perkhidmatan khidmat nasihat/runding cara, di samping memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat. Pengisian bengkel pada kali ini adalah berkaitan Tools Dalam Intervensi Kaunseling Perkahwinan/Kekeluargaan yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Ba’yah binti Abdul Kadir dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program Baiti Jannati Care yang telah diperkenalkan mulai tahun 2022 ini telah memberikan perkhidmatan kaunseling/khidmat nasihat secara percuma kepada masyarakat di sekitar Negeri Pulau Pinang dengan menerima sebanyak 555 permohonan (Mei 2022 hingga Julai 2025).

Terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di atas sokongan berterusan bagi memastikan perkhidmatan Baiti Jannati Care terus berjalan.