PROGRAM OUTREACH BAITI JANNATI CARE SIRI 2/2025
25 OKTOBER 2025 – Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Zakat MAINPP dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah, Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam telah melaksanakan Program Outreach Baiti Jannati Care Siri 2/2025.
Program ini diadakan sebagai siri jelajah mempromosikan perkhidmatan kaunseling/khidmat nasihat (Baiti Jannati Care), di samping memberikan pendedahan kepada masyarakat ilmu berkaitan kehidupan dengan bimbingan kaunselor berdaftar yang dilantik di bawah perkhidmatan ini. Sasaran khusus pada kali ini adalah dalam kalangan pelajar sekolah menengah kerana mereka juga merupakan individu/entiti yang penting dalam pembangunan sebuah institusi keluarga yang perlu diberi perhatian terutama isu yang berlaku mutakhir ini dalam masyarakat.
Tema program pada kali ini adalah “Keluarga Empati, Hidup Harmoni” disampaikan melalui perkongsian slot daripada YBrs. Ustaz Noorismail bin Omar, Kaunselor Baiti Jannati Care (BJC) telah menyentuh berkenaan keperluan anak-anak remaja memahami empati terhadap keluarga, rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Seterusnya mereka didedahkan dalam kelompok psikopendidikan bersama enam (6) orang kaunselor BJC. Seramai 60 orang peserta telah mengikuti program ini dengan jayanya.
Semoga program yang diadakan ini dapat memperluaskan perkhidmatan yang disampaikan kepada masyarakat dan para peserta mendapat manfaat sebaiknya. Terima kasih kepada semua peserta, Kaunselor BJC, Urus Setia Bahagian Undang-undang Keluarga Islam dan warga pendidik SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah, Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam yang bersama-sama menjayakan program pada kali ini.
https://static.xx.fbcdn.net/rsrc.php/v4/yk/r/cFo6DouBNXS.png"); background-position: 0px -21px; background-size: auto; width: 20px; height: 20px; background-repeat: no-repeat; display: inline-block;" data-visualcompletion="css-img">