Memulakan komunikasi bagi semua urusan dengan ucapan Assalamualaikum | |
1 | Membuat bayaran bagi perolehan, bil dan tuntutan yang lengkap dalam tempoh 7 hari. |
2 | Menjawab aduan dalam tempoh 14 hari. |
3 | Melaksanakan projek pembangunan mengikut jadual. |
4 | Memproses dan melaksanakan semua urusan pendidikan Islam dalam tempoh yang ditetapkan. |
5 | Mengeluarkan sijil tauliah mengajar kepada pemohon dalam tempoh 2 minggu selepas lulus temuduga. |
6 | Mengeluarkan surat akuan (sementara) dan kad masuk Islam selepas didaftarkan. |
7 | Memulakan siasatan mengenai dalam tempoh 3 hari aduan penyelewengan aqidah/ ajaran sesat/ bahan penerbitan dalam tempoh 3 hari. |
8 | Mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal dalam tempoh 5 hari selepas diputuskan oleh Panel Pensijilan Halal. |
9 | Memproses semua urusan Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) dalam tempoh yang ditetapkan. |
10 | Memberikan perkhidmatan rundingcara pada hari permohonan kepada 95% pelanggan yang memohon. |
11 | Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap semua maklumat dan aduan lengkap yang diterima (melalui borang 5) dalam 3 hari bekerja. |
12 | Membuka kertas siasatan dalam tempoh 3 hari selepas tangkapan dilakukan terhadap orang yang disyaki (OYDS). |
13 | Menerima dan memperakukan kes untuk didaftarkan di Mahkamah dalam tempoh 30 puluh hari bekerja (selepas laporan lengkap siasatan diterima) |
14 | Memulakan siasatan aduan hal pengurusan Qaryah masjid dalam tempoh 2 hari selepas aduan lengkap diterima. |
15 | Memberi surat kelulusan pelantikan Jawatankuasa Qaryah yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam tempoh 2 minggu. |