Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta
20 May 2022
05:41
05:51
07:02
01:17
04:40
07:28
08:42
20 May 2022
05:41
05:51
07:02
01:17
04:40
07:28
08:42

Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat (BAITI JANNATI CARE)

Assalamualaikum wbt
Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melalui Unit Khidmat Nasihat, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Masjid Daerah dan Masjid Kariah menyediakan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat (BAITI JANNATI CARE) pada hari Sabtu dan Ahad (Minggu Kedua dan Keempat, mulai jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) *dengan janji temu* *(secara percuma)*. Sebagai permulaan, perkhidmatan ini dilaksanakan di masjid-masjid seperti berikut:
1. Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang
2. Masjid Al-Mustaghfirin, Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang
3. Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Pulau Pinang
4. Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
5. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, Pulau Pinang, dan
6. Masjid Jamek Al-Ihsaniah Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi membantu masyarakat setempat mendapatkan sokongan sosial dan emosi terutamanya dalam berhadapan isu-isu kekeluargaan, di samping membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan boleh memilih tempat/lokasi yang terdekat dengan tempat tuan/puan bermastautin bagi mendapatkan perkhidmatan ini. Pihak urus setia akan menghubungi tuan/puan bagi menetapkan tarikh dan masa janji temu berdasarkan kekosongan slot. Tuan/Puan boleh mendaftar *melalui pautan* berikut:
Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan. Perkhidmatan ini akan dikendalikan oleh Kaunselor Berdaftar/Pegawai Khidmat Nasihat terlatih dengan pantauan JHEAIPP. Semoga dengan usaha ini, sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kesejahteraan hidup tuan/puan sekeluarga.
Sekian, terima kasih.
 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 18 Mei 2022 

Jumlah pengunjung: 1164962

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2022