logo ms

  • Bahasa Melayu
  • English (UK)

Bahasa lain

faq hubungi maklumbalas peta

 

  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Info
      • Latar Belakang
      • Misi & Visi
      • Carta Organisasi
      • Piagam Pelanggan
      • Bahagian/Pejabat Agama Daerah/Masjid Daerah
      • Ketua Pegawai Digital (CDO)
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Perkhidmatan Dalam Talian
    • Statistik Perkhidmatan Atas Talian
  • Hubungi Kami
    • Alamat Pejabat Agama & Masjid Daerah
    • Direktori Pegawai
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Info
      • Latar Belakang
      • Misi & Visi
      • Carta Organisasi
      • Piagam Pelanggan
      • Bahagian/Pejabat Agama Daerah/Masjid Daerah
      • Ketua Pegawai Digital (CDO)
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Perkhidmatan Dalam Talian
    • Statistik Perkhidmatan Atas Talian
  • Hubungi Kami
    • Alamat Pejabat Agama & Masjid Daerah
    • Direktori Pegawai

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN JHEAIPP Kemaskini 2023 1

PIAGAM PELANGGAN JHEAIPP Kemaskini 2023 2

MUAT TURUN PIAGAM PELANGGAN JHEAIPP

Kemaskini 3 Ogos 2023

Prosedur Permohonan Kad Nikah

PEMOHON HENDAKLAH MENYEDIAKAN:

  • Gambar berukuran pasport sebanyak satu keping setiap seorang. *(Perempuan mesti bertudung)
  • Surat Perakuan Nikah Negeri Pulau Pinang ( Satu (1) salinan )
  • Salinan Kad Pengenalan (suami dan isteri).
  • Bayaran RM60.00 hendaklah dibuat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam atau di mana-mana Pejabat Agama Daerah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga Islam di talian 04-2626814 sambungan 148 dan 150.

 
TUNTUTAN KAD NIKAH
Pemohon boleh datang ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau Pejabat Agama Daerah ( Tempat Permohonan dibuat) untuk menuntut Kad  Nikah selepas tempoh 12 hari.

Pengeluaran Kad Nikah adalah tertakluk kepada kelancaran Sistem.

Prosedur Permohonan Kahwin Perempuan

MAKLUMAT UMUM


WALI


Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan mengikut hukum syarak.


JENIS-JENIS PERKAHWINAN YANG DISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN HAKIM SYARIE (MAHKAMAH SYARIAH) TERLEBIH DAHULU

  1. Perkahwinan poligami.
  2. Perkahwinan di bawah umur (bawah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi  perempuan).
  3. Perkahwinan janda berhias dalam tempoh iddah.
  4. Perkahwinan yang memerlukan wali Raja/Hakim.

PERATURAN AM

  1. Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7  hari sebelum tarikh akad nikah. 
  2. Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.
  3. Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.
  4. Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak disyaratkan  menghadiri kursus praperkahwinan sekali lagi.
  5. Bayaran bagi satu Majlis Akad Nikah ialah RM130.00 yang perlu dibayar kepada Penolong Pendaftar Nikah (Juru Nikah) selepas Akad Nikah berlangsung.
  6. Pemohon yang berkahwin di Pulau Pinang dikehendaki mengisi Borang kad Nikah (seperti Dilampirkan) dan bayaran adalah RM60.00 (2 keping kad).

 

TATACARA SEMASA DAN SELEPAS AKAD NIKAH

  1. Akad nikah dijalankan di kariah masjid pihak  perempuan bermastautin.
  2. Selepas akadnikah, suami diminta membaca lafaz penerimaan tanggungjawab dan ta’liq serta menandatangani Surat Makluman Akad Nikah (Surat Nikah Sementara) dan Surat Perakuan Nikah.
  3. Surat Makluman Akad Nikah  akan diserahkan kepada suami sejurus selepas akad nikah.
  4. Suami atau isteri boleh mendapatkan Surat Perakuan Nikah (Asal) di Pejabat Agama Daerah berkenaan 5 hari selepas akad nikah dengan bayaran RM10.00.
  5. Surat Perakuan Nikah tidak boleh dilaminate.

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)

1. Dapatkan Borang 2 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Perempuan) percuma di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau boleh dimuat turun dari laman web jabatan ini.

2. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Salinan Sijil Perakuan Nikah Ibu Bapa Kandung.(jika berkenaan)
  • Surat Akuan Bersumpah jika Salinan Sijil Perakuan Nikah Ibu Bapa tidak ada.
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).

 

  • Kebenaran Berkahwin Pasangan Laki-Laki.
  1. Pastikan borang permohonan disokong oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. 
  2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temubual wali dan ditandatangani.  Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan. 
  3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin.  Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon. 

Kemaskini 25 Oktober 2016

 

Prosedur Permohonan Kahwin Lelaki

MAKLUMAT UMUM


Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum: ayat 21 yang bermaksud:
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."


Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.
Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Pulau Pinang dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.

JENIS-JENIS PERKAHWINAN YANG DISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN HAKIM SYARIE (MAHKAMAH SYARIAH) TERLEBIH DAHULU

  1. Perkahwinan poligami.
  2. Perkahwinan di bawah umur (bawah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan).
  3. Perkahwinan janda berhias dalam tempoh iddah.
  4. Perkahwinan yang memerlukan wali Raja/Hakim.

PERATURAN AM

  1. Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau  selewat-lewatnya 7  hari sebelum tarikh akad nikah. 
  2. Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan yang disenaraikan sahaja.
  3. Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.
  4. Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak perlu  menghadiri kursus praperkahwinan sekali lagi.
  5. Bayaran bagi satu Majlis Akad Nikah ialah RM130.00 yang perlu dibayar kepada Penolong Pendaftar Nikah (Juru Nikah) selepas Akad Nikah berlangsung.
  6. Pemohon yang melangsungkan akad nikah di Pulau Pinang dikehendaki mengisi borang Kad Nikah dan bayaran adalah RM60.00 (2 keping kad).

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)

  1. Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan percuma di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau boleh dimuat turun di dalam laman web jabatan ini.

Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-

  • Salinan kad pengenalan pemohon,pasangan dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Keputusan Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika bercerai).
  • Salinan surat/kad pengislaman ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen (bagi bukan warganegara)
  • Pengesahan ketulinan dokumen oleh Kementerian Luar Negara Malaysia (bagi bukan warganegara)
      1. Borang permohonan telah disokong  oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah (kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang).
      2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan disahkan oleh  Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah.
      3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin.  Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon. 

TATACARA SEMASA DAN SELEPAS AKAD NIKAH

  1. Akad nikah dijalankan di kariah masjid pihak  perempuan bermastautin.
  2. Selepas akad nikah, suami diminta membaca lafaz penerimaan tanggungjawab dan ta’liq serta menandatangani Surat Makluman Akad Nikah (Surat Nikah Sementara) dan Surat Perakuan Nikah.
  3. Surat Makluman Akad Nikah  akan diserahkan kepada suami sejurus selepas akad nikah.
  4. Suami atau isteri boleh mendapatkan Surat Perakuan Nikah (Asal) di Pejabat Agama Daerah berkenaan 5 hari selepas akad nikah.
  5. Surat Perakuan Nikah tidak boleh dilaminate.
  6. Bagi perkahwinan yang dilaksanakan di Luar Negara, pemohon hendaklah memohon untuk mendaftar semula perkahwinan Luar Negara dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemohon balik ke Malaysia dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan. Bayaran dikenakan RM60.00.

 

Kemaskini 25 Oktober 2016

Prosedur Permohonan Salinan Surat Nikah / Cerai / Ruju'

  • Mengisi Borang 18  Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam.  (Borang percuma tersebut boleh diambil di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan semua Pejabat Agama Daerah) atau boleh dimuat turun melalui laman web jabatan ini. 
  • Pemohon boleh menuntut salinan sijil nikah /cerai / ruju’ di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang selepas tempoh 5 hari setelah permohonan lengkap diterima dan bayaran yang dikenakan adalah RM10.00.

Bagi permohonan untuk mendapatkan salinan Sijil Perakuan Perceraian, pemohon perlu mengemukakan SURAT AKUAN BERSUMPAH dari Pendaftar Pesuruhjaya Sumpah dengan menyatakan tujuan salinan tersebut dipohon.

Sila pastikan pemohon mendapatkan slip Carian Salinan NCR sebelum meninggalkan kaunter.

Sebarang Pertanyaan Sila hubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam ditalian 04-262 6814 sambungan 148/153

Pengeluaran Salinan Sijil adalah tertakluk kepada kelancaran Sistem.

Sub-kategori

Uncategorised

rss

Halaman 11 dari 14

  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
FaLang translation system by Faboba
MyHRMIS Mobile
Penerbitan PerkhidmatanAtas Talian Arkib

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang

Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
04-684 7000 | 04-684 7777

PAUTAN PANTAS
  • e-Penyertaan
  • Dasar Negeri
  • Soalan Lazim
  • Media
  • Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) - ABMS JHEAIPP
MEDIA SOSIAL
  • facebook
  • x
  • pinterest
  • instagram
  • youtube
Jumlah Pengunjung: 2,137,269
  • Kemaskini terakhir : 01/07/2026.
  • Peta Laman
  • Bantuan
  • Penafian
  • Arkib
  • Polisi Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2026
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Info
      • Latar Belakang
      • Misi & Visi
      • Carta Organisasi
      • Piagam Pelanggan
      • Bahagian/Pejabat Agama Daerah/Masjid Daerah
      • Ketua Pegawai Digital (CDO)
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Perkhidmatan Dalam Talian
    • Statistik Perkhidmatan Atas Talian
  • Hubungi Kami
    • Alamat Pejabat Agama & Masjid Daerah
    • Direktori Pegawai