Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara diatas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 09 Oktober 2017 telah memutuskan Pergerakan Kontijen akan diadakan di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada 01 Disember 2017 (Jumaat), jam 7.30 pagi. Majlis ini akan diisi dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selepas itu, kontijen akan beredar ke Dewan Serbaguna, Jawi, Seberang Perai Selatan untuk Majlis Perhimpunan Ummah.
3. Sehubungan itu, bagi menjayakan majlis ini, Pengerusi Qaryah Masjid, Pengurusi Pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan serta semua Ketua Agensi Swasta dipohon untuk turut sama mengambil bahagian. Penyertaan kontijen akan dinilai dan diberikan Anugerah Kontijen Terbaik. Bersama-sama ini disertakan Borang Penyertaan serta Syarat-syarat Penyertaan sebagai makluman YB. Dato' Seri/YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan.
4. Pentadbiran ini juga memohon kerjasama YB. Dato' Seri/YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan untuk mengembalikan borang penyertaan yang telah diisi seperti di lampiran 'A' kepada urusetia pergerakan kontijen Sebelum atau pada 10 November 2017 (Jumaat).