Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)


Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

    Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

    Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

 Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di talian terus 04- 650 5222 / 5662 atau e-mel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Kaunter khas Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) telah dibuka di kaunter tingkat 3, KOMTAR berkuatkuasa pada 12 Januari 2015 dan akan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5 petang. Pegawai perhubungan ditempatkan di kaunter khas tersebut.

:::Muat Turun Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014 dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

:::  Muat Turun Pautan Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010(FOI).

::: Muat Turun Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (FOI )

:::  Muat Turun Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-2502810
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang

text-center

Image
  • Latest Updated: 30 April 2024 

Total Visitor: 1923311

Best viewed using a minimum screen resolution of 1336x768 on the latest version of the Mozilla Firefox web browser

All Rights Reserved To Pulau Pinang Islamic Religious Affairs Department © 2024