Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta
22 January 2022
06:13
06:23
07:33
01:32
04:54
07:27
08:40
22 January 2022
06:13
06:23
07:33
01:32
04:54
07:27
08:40

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

rohaizam1

PUAN ROHAIZAM BIN ABD RAHIM

KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

LATAR BELAKANG

Tahun 1959

Penguatkuasaan Hal Ehwal Islam di Negeri Pulau Pinang secara amnya telah diwujudkan sebaik sahaja adanya peruntukan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam tahun 1959. Ianya diperuntukkan dalam Bahagian III - Mahkamah Syariah & Bahagian IX - Kesalahan kesalahan.

Tahun 1993

Pembaharuan Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang 1993.

Diperuntukan dalam Bahagian V. Mengenai : Pendakwaan, Penguatkuasaan dan Perwakilan. Mulai tahun 1993. Pelaksana Undang-Undang Syara’ telah diwujudkan bahagian khas, iaitu : Bahagian V di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang. Seksyen 61,62 dan 63.

Tahun 2004  

Peruntukan Undang-Undang Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang telah diperbaharui kali ke 2 : Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan diperuntukkan dalam bahagian V: Pendakwaan dan Perwakilan dalam Seksyen 78,79 dan 80.

Tahun 2008 

Pemisahan antara Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan.

Pelaksanaan Pensijilan 

2012  MS ISO 9001: 2008 / MS  1900 : 2005

2016  MS ISO 9001: 2015 / MS  1900 : 2014

FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

  • Menguatkuasakan Undang-undang Syariah Negeri Pulau Pinang.

FUNGSI UNIT

UNIT PENTADBIRAN

  • Menguruskan hal ehwal sumber manusia kakitangan Bahagian Penguatkuasaan.
  • Menguruskan kelengkapan logistik dan keperluan lain untuk kegunaan Bahagian Penguatkuasaan. (Kenderaan, walkie-talkie, hotline, lampu suluh, alat perakam, alcohol meter, vest dan lain-lain)
  • Merancang bengkel, kursus dan seminar untuk Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA).

UNIT OPERASI

  • Mengambil tindakan berdasarkan aduan awam (24 jam).
  • Menjalankan operasi aduan, berjadual dan bersepadu.
  • Membuat laporan polis berkenaan kes boleh tangkap.
  • Mengeluarkan notis hadir bagi kes tak boleh tangkap.
  • Menyerahkan OKT dan barang kes kepada Unit Siasatan.
  • Menyempurnakan penyampaian saman dan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
  • Bertugas mengiringi OKT di Mahkamah Syariah. (Isnin – Khamis)
  • Menghantar OKT ke penjara.

UNIT SIASATAN

  • Menerima dan menjaga OKT yang diserahkan oleh Unit Operasi.
  • Mengambil rakaman percakapan OKT.
  • Menguruskan jaminan OKT.
  • Menjalankan siasatan dan melengkapkan fail siasatan (IP) kes MAL dan kes jenayah syariah.
  • Merekod dan menyimpan barang kes.
  • Merekod pergerakan fail siasatan.
  • Bertugas mengiringi OKT di Mahkamah Syariah. (Isnin – Khamis)
  • Menghantar OKT ke penjara.
  • Berurusan dengan pihak JPN, Imigresen dan PDRM untuk membantu siasatan.

UNIT AKIDAH

  • Menerima aduan awam berkaitan dengan kesalahan akidah.
  • Menerima aduan awam berkaitan bahan percetakan atau media yang bersalahan dengan akidah.
  • Menjalankan risikan, pemantauan dan tangkapan berkaitan isu penyelewengan akidah.
  • Menjalankan penyelidikan dan menyediakan laporan isu-isu dan bahan-bahan yang berkaitan dengan penyelewengan akidah.
  • Menjalinkan kerjasama dan menjalankan operasi dengan PDRM, KDN dan agensi lain berkaitan dengan isu penyelewengan akidah.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

  • HUKUM SYARA’
  • PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  • ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
  • ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
  • ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
  • ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
  • ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
  • ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-2502810
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 21 Januari 2022 

Jumlah pengunjung: 1094895

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2022

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.