PENCALONAN ANUGERAH MAULIDUR RASUL SAW
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1446H/2024M
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1446H/ 2024M pada 12 Rabiul Awwal 1446H/ 16 September 2024M (Isnin).
Sehubungan itu, Jabatan ini mengalu-alukan pencalonan daripada YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk Seri/ Dato’ Sri/ Dato'/ Datuk/ Tuan/ Puan bagi Anugerah Maulidur Rasul sempena majlis tersebut meliputi empat (4) kategori anugerah iaitu:
- Tokoh Maulidur Rasul
- Anugerah Qudwatur Rasul (Keusahawanan)
- Anugerah Qudwatur Rasul (Saudara Baru)
- Anugerah Qudwatur Rasul Khas (Non-Muslim)
Bersama-sama ini disertakan garis panduan dan borang pencalonan untuk tindakan pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk Seri/ Dato’ Sri/ Dato'/ Datuk/ Tuan/ Puan jua.
MUAT TURUN GARIS PANDUAN DAN BORANG PENCALONAN DISINI
Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Setiausaha, Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Maulidur Rasul 1446H di alamat Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Tingkat 44, KOMTAR, 10000 George Town, Pulau Pinang sebelum atau pada 23 Ogos 2024 (Jumaat) atau faks di talian 04-2505452 atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, mohon hubungi Puan Nor Liza binti Mohamad/ Puan Norhasni binti Othman di talian 04-2505451.
Kerjasama dan sokongan YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk Seri/ Dato’ Sri/ Dato'/ Datuk/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.