Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menganjurkan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1437H/2016M pada 22 November 2017. Sehubungan dengan itu, Kumpulan Nasyid Y.B./Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai Festival Nasyid Peringkat Saringan yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 21 November 2017 (Selasa)
Tempat : Dewan Budaya, USM
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat permohonan dan borang penyertaan dan hendaklah dikembalikan kepada pihak urusetia pada atau sebelum 06 November 2017 (Isnin) dan di alamatkan seperti berikut :
Urusetia,
Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang
Tahun 1439M/2017M,
d/a Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang,
10300 Lebuh Pantai, Pulau Pinang.
(u.p : Bahagian Pendidikan)
Kerjasama Y.B/Y. Bhg. Dato/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.