Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

KURSUS KEMAHIRAN KAUNSELING KEPADA PEGAWAI KHIDMAT NASIHAT TAHUN 202

3
12 & 13 SEPTEMBER 2023 – Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah menganjurkan Kursus Kaunseling Kepada Pegawai Khidmat Nasihat tahun 2023 bertempat di Bilik Seminar, Masjid At-Taqwa, Kepala Batas Pulau Pinang. Penutupan kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Zulkifli bin Rashid, Pengarah, JHEAIPP, turut serta adalah Puan Rohaizam binti Abd. Rahim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JHEAIPP. Dalam ucapan yang telah disampaikan, beliau telah menyatakan sokongan agar latihan seperti ini dijalankan secara berterusan kepada semua Pegawai Khidmnat Nasihat (PKN): “…saya bersetuju agar latihan secara berterusan dilaksanakan sebagaimana hari ini. Tujuannya adalah bagi mempertingkatkan kemahiran terutamanya dalam bidang menolong dengan latihan secara berterusan melalui ahli dan pakar yang berkelayakan.”
Kursus ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Khidmat Nasihat yang bertugas di ibu pejabat dan Pejabat Agama Daerah termasuk Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam. Secara keseluruhannya, para peserta memberikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang kursus berlangsung.
 
Pengisian slot bagi kursus ini adalah:
Slot 1: Aplikasi Model DHT (Dharuriyyat, Hajiyyat, Tahsiniyyat) Dalam Perkhidmatan Menolong / Amali telah disampaikan oleh Dr. Mohd Suhadi bin Mohamed Sidik, Pensyarah Kaunseling dan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS);
Slot 2: Peranan Jabatan Bantuan Guaman Dalam Pengendalian Kes Mal telah disampaikan oleh Tuan Muhamad Fahmi bin Mohamad Idris, Pegawai Syariah, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah;
Slot 3: Komunikasi Terapeutik Dalam Proses Menolong / Amali telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Hashim bin Othman, Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia; dan
Slot 4: Isu-isu Pembubaran Perkahwinan telah disampaikan oleh Tuan Mohd Hafiz bin Idris, Pegawai Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP).
Semoga setiap perkongsian yang disampaikan oleh para penceramah jemputan dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dipalikasikan oleh semua PKN dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak Masjid At-Taqwa, Kepala Batas atas kerjasama yang diberikan dalam menyediakan fasiliti yang sangat selesa dan terbaik.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 28 Mei 2024 

Jumlah pengunjung: 1968510

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2024