Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

Program Training of Trainers (TOT) Hospital Mesra Ibadah (HMI)

Pada 13 dan 14 September 2023, telah diadakan program Training of Trainers (TOT) Hospital Mesra Ibadah (HMI) anjuran bersama Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Secara keseluruhan seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Hospital Seberang Jaya, Hospital Pulau Pinang, Hospital Balik Pulau, Hospital Kepala Batas, Hospital Bukit Mertajam, Hospital Sg. Bakap dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Objektif program adalah untuk memperkasa ilmu pengetahuan secara teori dan praktikal mengenai pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah kepada pesakit, waris dan petugas hospital.
Antara pengisian program selama 3 hari 2 malam adalah:-
1. Teori Pengenalan Hospital Mesra Ibadah:
2. Latihan amali pelaksanaan ibadah kepada pesakit seperti kaedah mengambil wuduk menggunakan debu tayammum dan botol spray wuduk diikuti dengan praktikal kaedah solat pesakit;
3. Pengisian tazkirah kerohanian; dan
4. Outreach Hospital Mesra Ibadah di dua (2) buah hospital iaitu Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Kepala Batas.
Ucapan Aluan telah disampaikan oleh YBhg. Ustazah Azmah binti Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah mewakili Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dr Suriani bt Saidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan & Ketua Cawangan Medikolegal, Bahagian Perubatan, JKN Pulau Pinang.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kategori individu dan kumpulan terbaik.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 04 April 2024 

Jumlah pengunjung: 1905209

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2024