Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

KURSUS TRAINING OF TRAINER PENSIJILAN HALAL MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP membuka tirai 2024 dengan pelaksanaan Kursus Training of Trainer Pensijilan Halal Malaysia kepada semua pegawai dan kakitangan Bahagian.
Kursus ini juga melibatkan penyertaan daripada 8 orang pegawai dan kakitangan Penang Halal International yang merupakan agensi sokongan sebagai pemudahcara dalam membantu Industri memohon pensijilan halal.
Kursus ini telah diadakan pada 17 Januari 2024 ( Rabu) bertempat di Bilik Milenium, Aras 24, KOMTAR.
Objektif utama Kursus ialah untuk meningkatkan kemahiran peserta sebagai pemudahcara dalam memberikan khidmat bimbingan kepada pihak Industri.
Selain itu, ia juga sebagai usaha meningkatkan kecekapan peserta dalam memproses permohonan pensijilan halal Malaysia.
Objektif tersebut di atas adalah selaras dengan pelaksanaan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia 2.0 (ISPHM 2.0) - Kelulusan permohonan dalam tempoh 30 hari bekerja) yang mula dilaksanakan di Pulau Pinang pada 01 November 2023 yang lalu.
Slot Kursus mencakupi aspek berikut:
a. Pengendalian dan Tatacara pengisian maklumat permohonan melalui sistem MYeHALAL dan keperluan dalam permohonan;
b. Pengurusan semakan dokumen dan caj fi pensijilan;
c. Pengurusan kelulusan fast track dan audit lapangan;
d. Tatacara penutupan ketidakakuran (NCR); dan
e. Pengurusan pengeluaran sijil halal dan pasca pensijilan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP atas sokongan melalui kelulusan peruntukan di bawah MAINPP dan juga semua pihak yang menjayakan kursus ini.
Semoga kursus ini memberikan manfaat buat semua.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 11 Jun 2024 

Jumlah pengunjung: 1983225

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2024